Isu melibatkan seorang peserta dalam acara Langkawi Kilim Trail Run 2026 jadi perhatian apabila pihak penganjur tampil beri penjelasan rasmi.
Kejadian berlaku di Checkpoint 1 bila peserta tersebut didapati minum air tanpa guna cawan peribadi, yang sebenarnya memang wajib dalam peraturan perlumbaan.
Teruskan MembacaMenurut penganjur, perkara itu dikesan oleh urusetia yang bertugas dan peserta berkenaan terus diberikan amaran di lokasi.
Disebabkan pelanggaran tersebut, pihak penganjur tak ambil ringan dan terus kenakan penalti masa sebagai tindakan tegas.
Ini kerana peraturan ‘No Cup Policy’ memang ditetapkan bagi memastikan semua peserta patuh dan menjaga integriti pertandingan.
Namun begitu, di Checkpoint 2, peserta berkenaan dilihat sudah ikut peraturan dengan menggunakan cawan sendiri seperti yang diwajibkan.
Malah, ketika pemeriksaan di garisan penamat, semua barangan mandatori didapati lengkap tanpa sebarang isu.
Peserta terbabit juga mengakui kesilapan yang berlaku di awal perlumbaan dan tampil membuat permohonan maaf secara rasmi kepada pihak urusetia.
Penganjur memaklumkan bahawa isu ini dianggap selesai selepas penalti dikenakan, selain menghargai sikap jujur dan kerjasama yang ditunjukkan oleh peserta sepanjang proses tersebut.
















