Siapa sangka di sebalik kekecewaan besar, ada rezeki yang jauh lebih manis menanti. Itulah yang dilalui penyanyi muda, Aisha Retno apabila lagu rayanya Jodoh Lebaran kini menjadi antara yang paling hangat diperkatakan.
Sebelum ini, Aisha berdepan detik sukar apabila konsert solo sulungnya terpaksa dibatalkan. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi bila itu merupakan impian besar dalam kariernya.
Teruskan MembacaNamun, Aisha memilih untuk terus positif dan percaya setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri. Tidak lama selepas itu, lagu Jodoh Lebaran yang dihasilkannya mula mendapat perhatian ramai dan terus ‘naik’ di pelbagai platform.

Sambutan luar biasa terhadap lagu tersebut sedikit sebanyak menjadi penawar kepada kekecewaan yang pernah dirasai. Ramai peminat turut tumpang gembira melihat Aisha kembali bangkit dengan lebih kuat.
Bagi Aisha, semua ini adalah bukti bahawa perancangan Tuhan itu lebih baik daripada apa yang kita harapkan. Kadang-kadang jalan yang kita rancang tak menjadi, tapi rupanya ada sesuatu yang lebih besar sedang menunggu.
Netizen pun ramai yang beri kata semangat dan pujian, malah ada yang anggap kejayaan lagu ini memang “rezeki selepas sabar”.
Memang betul, bila satu pintu tertutup, pintu lain pula terbuka lebih luas. Percaya sahaja, apa yang sudah ditulis oleh Tuhan, kerana sesungguhnya Dialah sebaik baik Perancang.
















