Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi jadi bualan netizen selepas dia memuat naik perkongsian yang menunjukkan dirinya sudah menerima saman kali kelima dalam tempoh sebulan.
Menerusi hantaran di TikTok, Leona dilihat masih tenang dan bersahaja walaupun bukan sahaja kumpul lima saman, malah turut berdepan tayar kereta yang dikenakan ‘clamp’.
Teruskan Membaca
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan reaksi bercampur-baur. Ada yang terhibur dengan sikap Leona yang tetap mampu tersenyum walaupun kerap dikenakan saman, malah membandingkan jika mereka di tempat sama mungkin sudah stres memikirkan bayaran yang perlu dibuat.
Namun dalam masa sama, ada juga yang menegur tindakannya itu dianggap kurang sesuai untuk seorang pempengaruh. Mereka berpendapat perkongsian seperti itu boleh memberi contoh yang kurang baik kepada pengikut, selain dikatakan seolah-olah normalisasikan pelanggaran undang-undang walaupun mampu membayar denda.
















