Usahawan dan personaliti terkenal, Noor Nabila menjadi perhatian ramai selepas berkongsi momen sambutan hari jadi buat individu dikenali sebagai Rosix menerusi satu majlis makan malam yang cukup eksklusif.
Apa yang mencuri tumpuan bukan sekadar suasana mewah dan elegan sepanjang sambutan itu, tetapi jumlah keseluruhan bil makan malam yang dikatakan mencecah lebih RM13,000.
Teruskan MembacaPerkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang teruja melihat pengalaman meraikan insan tersayang dalam suasana istimewa, manakala ada juga yang berseloroh mengatakan “bestnya jadi kaya”.

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung dalam suasana santai namun eksklusif dengan hidangan premium dan dekorasi yang memberi sentuhan meraikan detik istimewa itu.
Di ruangan komen, ramai turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari jadi kepada Rosix selain memuji cara Noor Nabila menghargai orang terdekat.
Apa pun, bagi sesetengah orang, nilai sebenar mungkin bukan pada angka bil, tetapi momen dan kenangan yang dicipta bersama insan tersayang.
















