Terkini

PM Anwar bakal lancar ‘Ekonomi Madani: Memperkasa rakyat’ esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’ yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.

Pelancaran hala tuju baharu tersebut akan diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Putrajaya pada 9 pagi, esok.

“Nantikan, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook milik beliau.

Ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan yang lebih baik daripada jangkaan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2023 didorong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta.

Terdahulu, ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama (S1) tahun 2023 iaitu lebih baik berbanding pertumbuhan negara serantau

Berdasarkan rekod negara serantau, Indonesia mencatat pertumbuhan 5 peratus, China (4.5 peratus) dan Vietnam (3.3 peratus).

Kadar inflasi negara pada Jun 2023 juga dilapor mereda kepada 2.4 peratus, menjadikannya kadar terendah dalam enam bulan pertama 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pada 24 Februari lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan, membentangkan belanjawan pertama Kerajaan Perpaduan dengan peruntukan sejumlah RM388.1 bilion, meningkat daripada RM372.3 bilion yang dibentangkan pada Oktober 2022.

Sejumlah RM289.1 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus dan RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Pelbagai

Scroll to Top