Bertuahnya, ibu di Selangor yang bekerja layak dapat insentif RM1,000!

Selangor memperkenalkan Insentif Mama Kerja berjumlah RM1,000 bagi menarik 5,000 wanita di negeri itu kembali bekerja semula seterusnya meringankan kos mereka berhubung taska atau tadika.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Anfaal Saari berkata, insentif dengan peruntukan RM5 juta adalah selaras dengan statistik terkini Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor hanya 69.9 peratus berbanding lelaki sebanyak 83.5 peratus.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?