Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengerjakan umrah selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan di Riyadh pada Sabtu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka menunaikan ibadah tersebut bersama delegasi Malaysia sebelum berangkat ke San Fransisco, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.
Teruskan Membaca“Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurniakan kekuatan dalam menempuh tentangan serta kezaliman,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Baca juga: