SATU surat niat (LOI) antara pihak DBKL dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Hangzhou yang memfokuskan kerjasama Startup City Connect telah dimeterai, pada Isnin.
Kerjasama berkenaan merupakan detik bersejarah buat Malaysia dan Republik Rakyat China memandangkan berikut adalah kerjasama antara bandar yang pertama di antara kedua-dua negara yang memberi fokus kepada industri startup.
Teruskan MembacaLOI tersebut akan memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua bandar dan akan membantu meningkatkan lagi pelaburan serta memberi peluang yang luas kepada pertukaran teknologi tinggi terutama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan ekosistem syarikat startup di antara Malaysia dan Republik Rakyat China.
Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa, melihat kepada perkembangan pesat industri startup di Republik Rakyat China, perkongsian pengetahuan dan kepakaran bersama terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi akan memberi nilai tambah yang akan menguntungkan Malaysia.
“LOI ini akan membuka prospek penting bagi usahawan dan pemain teknologi komunikasi di kedua-dua negara untuk terus berinovasi dan memajukan teknologi.
“Hal ini juga akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti kerjasama ekonomi dan perdagangan, program bandar pintar, e-dagang, pembangunan ekosistem startup dan rangka kerja pengawalseliaan kecerdasan buatan (AI),” jelasnya dalam hantaran di Facebook.
Baca juga: