MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah melancarkan Program Kesejahteraan PA/ PPR-Projek Quick Win bagi tahun 2024 di Perumahan Awam (PA) Seri Kota serta tiga lagi lokasi lain iaitu di PPR Kg Muhibah, PPR Wahyu dan PPR Hiliran Ampang secara serentak menerusi live broadcast bersama komuniti setempat pada Sabtu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan memaklumkan, program itu diilhamkan melalui pelaksanaan Blueprint Perumahan 2023-2028, berteraskan Kemampanan Fizikal dan Infrastruktur dengan fokus untuk memperkasakan program Penyelenggaraan dan Naik taraf PA/ PPR.
Teruskan Membaca“Projek Quick Win yang dilancarkan merangkumi empat elemen utama iaitu Kebersihan, Keindahan, Kehijauan dan Keselamatan yang dijalankan menerusi aktiviti seperti gotong royong bersepadu, keceriaan dan keindahan, cantasan pokok dan penanaman pokok baharu serta penundaan kenderaan buruk.
“Dalam majlis tersebut, YB Menteri juga turut dibawa melihat kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf yang telah dijalankan di PA Sri Kota serta menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada pemenang blok tercantik di PA Sri Kota,” katanya.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj. Kamarulzaman Mat Salleh, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Tuan Ismadi Sakirin, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Bandar Tun Razak, En Roslan Mahmood serta Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur.
Baca juga: