PETALING JAYA : Huru-hara sekejap media sosial bila Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2018 tak sah.
Katanya, tak ikut prosedur dan tiada mesyuarat Lembaga Pengampunan. Tapi… Jabatan Peguam Negara (AGC) tampil balas dan info dia memang padu!
Teruskan MembacaMenurut kenyataan rasmi AGC hari ini, mesyuarat Lembaga Pengampunan memang ada, dan ia berlangsung pada 16 Mei 2018, jam 11 pagi di Istana Negara.
Paling plot twist Tun M sendiri hadir dalam mesyuarat tu, sebab masa tu dia Perdana Menteri.
AGC siap detail lagi Sultan Muhammad V yang pengerusikan mesyuarat tu, dan baginda perkenan pengampunan penuh serta pembebasan serta-merta untuk Anwar, ikut nasihat Lembaga Pengampunan.
Kiranya semua ikut prosedur dan undang-undang.
Untuk pastikan semuanya sah dari segi perlembagaan, Peguam Negara masa tu pun beri pendapat bertulis kepada Lembaga Pengampunan, ikut Fasal (9), Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
AGC juga bagi warning keras, jangan buat kenyataan mengelirukan orang ramai, terutama bila bab undang-undang dan pengampunan ni. Benda ni bukan boleh main-main.
So… bila semua fakta dan dokumen sah ada, netizen mula tanya – Tun M lupa ke, atau sengaja buat-buat lupa?