Hajar Kongsi Kisah Dibuli Sejak Umur 13, Ramai Muncul Kongsi Trauma Sama

KUALA LUMPUR: Seorang pengguna TikTok, @hejeres, menjadi perhatian warganet selepas berkongsi kisah silamnya dibuli ketika berusia 13 tahun di sekolah menengah, pengalaman yang katanya masih meninggalkan kesan trauma walaupun kini usianya hampir mencecah 30 tahun.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Hajar menceritakan bagaimana dia sering menjadi sasaran ejekan, sindiran, dan perbuatan menyakitkan hati daripada seorang pelajar senior di sekolahnya. Menurutnya, peristiwa itu terlalu menyakitkan sehingga dia mengelak daripada bercakap mengenainya selama bertahun-tahun. “Aku ingat bila dah dewasa, rasa tu akan hilang. Tapi sampai sekarang, bila teringat, hati masih sakit,” katanya dalam nada sebak.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?