Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali di media sosial dengan gelaran ‘Hot Daddy’ atau ‘Daddy Ash’ mencuri tumpuan ramai selepas membalas komen pengacara TV, Iesya Toh, yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadapnya.
Individu yang dikenali dengan nama Hasli Ikhwan ini membalas komen tersebut dengan panjang lebar, yang disifatkan penuh dengan nada sinis dan lucah. Komen itu ditinggalkan selepas dia tidak berpuas hati apabila namanya disebut dalam ruangan komen pada hantaran Instagram milik Zarina Anjoulie.
Teruskan MembacaIesya Toh, melalui Instagram Story, telah mengkritik keras Hasli Ikhwan, yang mendakwa dia terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang menteri. Pengacara TV itu menuntut agar Hasli Ikhwan mengemukakan bukti serta mendedahkan identiti menteri yang dikatakan terlibat dalam skandal tersebut.
Selain itu, Iesya turut memberi amaran bahawa tindakan undang-undang, termasuk saman, boleh diambil terhadap dakwaan yang dianggap sebagai fitnah sekiranya tiada bukti yang sah.
















