PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan buat audit keselamatan besar-besaran di semua institusi pendidikan, termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan asrama harian. Langkah ini diambil untuk pastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah sentiasa terjaga.
Teruskan MembacaKPM maklumkan, audit ini akan fokus pada tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang sedia ada. Hasil lengkap audit dijangka siap dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM dalam masa tiga bulan.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata pihaknya juga akan semak semula SOP keselamatan serta garis panduan disiplin supaya kekal relevan dengan cabaran semasa.
Antara langkah baharu yang diumumkan termasuk penambahbaikan portal Aduan Buli, yang akan ditambah fungsi laporan tanpa nama untuk lindungi identiti pengadu dan saksi. Selain itu, KPM akan tubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan melibatkan pakar, NGO, polis serta wakil komuniti ibu bapa dan swasta (PIBKS) bagi memantau dasar keselamatan secara berterusan.
KPM juga perkenalkan program khas ‘Bangkit Bermaruah’ untuk murid yang digantung sekolah, dengan tujuan membina semula sahsiah diri melalui aktiviti khidmat komuniti.
















