PETALING JAYA: Lepas umum pemenang ‘giveaway’ produk rendang terbarunya awal daripada yang dijangka, Khairul Aming kena macam-macam soalan dari netizen. Ada yang pelik, ada yang tak puas hati sampai ada pelanggan siap batal order.
Teruskan MembacaTapi usahawan dan content creator terkenal tu tenang je bagi penjelasan kat Instagram Story. Katanya, dia umum awal sebab nak jaga masa pelanggan dan elak orang salah faham.
“Kalau saya umum seminggu lambat, nanti orang cakap pemenang pakai kabel. Saya pun bukan buat cabutan bertuah, tapi pilih lima orang terpantas,” jelasnya.
Khairul Aming juga tak kisah langsung kalau ada yang batal order lepas tak menang ‘giveaway’. “Kalau cancel sebab tak menang, saya okay je. Mungkin dia orang nak guna duit tu untuk benda lain yang lebih penting,” katanya.
Tambahnya lagi, team dia berjaya siapkan dan hantar kebanyakan pesanan dalam masa tiga hari je. Malah, feedback dari pelanggan pasal rendang tu pun banyak yang positif.
Dia juga sempat tekankan yang giveaway tu bukan taktik marketing semata-mata, tapi tanda terima kasih untuk followers setia.
“Saya nak berniaga lama, dan saya utamakan keberkatan, kepuasan pelanggan dan kualiti produk,” tegasnya.