Penyanyi terkenal Hafiz Suip menerima berita sedih apabila ibunya, Norlela Sanusi, dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.
Teruskan MembacaBerita duka itu dikongsikan sendiri oleh Hafiz menerusi Instagram miliknya, dengan memaklumkan pemergian ibu tercinta sekitar jam 2 pagi.
Dalam hantaran tersebut, penyanyi lagu Awan Nano itu turut memohon orang ramai agar mendoakan roh ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Mak saya telah kembali ke rahmatullah. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah,” tulis Hafiz ringkas di Instagram Story.
Difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Kuching, Sarawak, tempat kelahiran Hafiz dan keluarganya.
Berita ini turut mengundang ucapan takziah dan doa daripada rakan artis serta peminat yang membanjiri ruangan komen media sosialnya. Ramai menitipkan kata semangat buat Hafiz agar terus kuat menghadapi ujian besar ini.
Sebelum ini, Hafiz memang diketahui sangat rapat dengan ibunya dan sering berkongsi gambar serta coretan kasih sayang terhadap wanita yang membesarkannya itu.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Norlela Sanusi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang beriman.
















