Nama pempengaruh dan usahawan Sasha Abdul Aziz tiba-tiba jadi perbualan hangat di media sosial selepas dia secara terbuka berkongsi pengalaman menjalani rawatan mengetatkan bahagian intim wanita.
Teruskan MembacaPerkongsian tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Threads, di mana Sasha menceritakan secara ringkas prosedur rawatan yang dilaluinya, termasuk tahap keselesaan dan pengalaman peribadi selepas melahirkan anak.
Namun, tindakan itu nyata mengundang reaksi bercampur-baur daripada netizen. Ramai yang tampil menyelar perkongsian tersebut dan menganggap topik berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka di media sosial.
“Ada benda tak perlu cerita satu dunia,” antara komen yang mendapat perhatian, selain ada yang merasakan kandungan sebegitu tidak sesuai dipaparkan kepada umum.
Dalam masa sama, segelintir netizen turut mempertahankan Sasha dan berpendapat setiap individu berhak berkongsi pengalaman berkaitan kesihatan diri tanpa perlu dihakimi, selagi ia tidak melanggar undang-undang atau menyentuh pihak lain.
Walaupun menerima pelbagai kritikan, Sasha dilihat tenang dan tidak terlalu terkesan dengan kecaman yang diterima. Malah, ada respon balas yang menunjukkan dia kekal yakin dengan keputusannya dan menganggap apa yang dikongsi hanyalah pengalaman peribadi.
Isu ini sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen tentang batas perkongsian di media sosial, sejauh mana sesuatu perkara dianggap hak peribadi, dan pada tahap mana ia wajar dikongsi kepada umum.
















