Kejayaan skuad sepak takraw negara merangkul gelaran juara Piala Dunia Sepak Takraw 2026 sekali lagi membuktikan kemampuan atlet tempatan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan tersebut bukan sekadar kejayaan dalam arena sukan, tetapi turut melambangkan semangat juang tinggi, disiplin serta kesatuan yang ditunjukkan oleh para pemain negara.
Teruskan MembacaMenerusi perkongsian di Facebook pada Ahad, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan negara dan berharap momentum kecemerlangan itu diteruskan demi Malaysia.
“Syabas kepada wira negara. Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat nama Malaysia,” katanya.
Menurut Anwar, pencapaian itu juga menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia mampu mencipta kejayaan luar biasa apabila diberi kepercayaan membawa cabaran negara di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, skuad sepak takraw negara berjaya membawa pulang dua kejuaraan menerusi acara kuadran dan regu berkumpulan di Stadium Titiwangsa, sekali gus menjadi suntikan semangat menjelang saingan King Cup dan Sukan Asia selepas ini.















