“Sudah tiba masanya kita tolak mentaliti lapuk bahasa bukan sekadar simbol, tapi nadi tamadun bangsa!”
Begitulah tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika melancarkan Program Hadiah Bahasa Public Bank-DBP 2025.
Teruskan MembacaBukan main-main, Anwar ulang bahawa Bahasa Melayu bukan hiasan, tapi asas kemajuan negara. Negara seperti Jepun, Korea, Perancis dan Jerman dah buktikan, guna bahasa ibunda tak halang kemajuan ekonomi.
Yang paling power? Public Bank institusi kewangan besar-besaran yang sanggup tampil ke depan perjuangkan Bahasa Melayu.
Anwar angkat tabik! Katanya, ini bukti ekonomi dan jati diri bangsa boleh maju seiring, bukan bertembung.
Beliau juga throwback kenangan lama jadi penaung Persatuan Linguistik Malaysia masa program ni mula-mula dianjurkan pada tahun 1984.
“Lepas 27 tahun, kita hidupkan balik legasi ni. Ini bukan soal nostalgia, ini tentang masa depan bangsa!” katanya.
Turut hadir, Tan Sri Tay Ah Lek dari Public Bank yang ulang komitmen institusi mereka dalam sokong budaya dan pendidikan.
“Kekuatan negara bukan pada ekonomi saja, tapi nilai budayanya. Bahasa Melayu tiang perpaduan,” katanya penuh semangat.
Ketua Pengarah DBP pun tak ketinggalan Datuk Dr. Abang Sallehuddin sebut, program ini jadi batu loncatan besar untuk Bahasa Melayu berkembang di sektor kewangan, teknologi dan pendidikan.
Bahasa Melayu bukan sekadar pelengkap syarat. Ia jiwa negara, identiti kita.
Kalau nak bangsa kita maju, bahasa mesti berdiri sama tinggi!