Putrajaya bakal berwajah baharu dengan pembangunan Kota Madani bukan sekadar bandar pintar, tapi juga simbol keharmonian antara teknologi dan warisan budaya kita!
Dibangunkan atas tanah seluas 102 ekar, Kota Madani bakal menempatkan 10,000 unit kediaman untuk lebih 30,000 penduduk, dengan binaan vertikal berintensiti tinggi.
Teruskan MembacaTapi ini bukan projek perumahan biasa…
Bandar Masa Depan Serba Canggih
Kota Madani akan dilengkapi dengan:
- Kecerdasan buatan (AI)
- Infrastruktur digital moden
- Sistem mobiliti hijau
Pendek kata, semua teknologi terkini dimanfaatkan demi mewujudkan bandar rendah karbon yang selamat, sejahtera dan mampan.
Apa yang buat Kota Madani lain daripada yang lain?
Jawapannya: warisan kita dijaga!
Reka bentuk masjid dan sekolah menegak di sini akan menggabungkan unsur seni bina tempatan supaya identiti Malaysia terus hidup dalam pembangunan moden.
Apa Kata PM Anwar Ibrahim?
“Projek ini bukan sahaja menyediakan infrastruktur moden, tetapi turut memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan budaya melalui reka bentuk yang menggabungkan unsur seni bina tempatan.
“Langkah ini sejajar dengan usaha untuk mengekalkan identiti budaya dan sejarah dalam pembangunan bandar,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau juga menambah:
“Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama.”
Fasa pertama akan melibatkan:
3,000 unit kediaman
Sebuah sekolah menegak
👉 Dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung 2027.
Kota Madani bukan sekadar bina rumah, tapi bina komuniti masa depan.
Dengan gabungan teknologi, kemudahan lengkap dan nilai budaya inilah wajah Malaysia Madani yang sebenar.
Nak tahu perkembangan lanjut pasal Kota Madani?
Follow dan share supaya lebih ramai tahu tentang projek yang bakal ubah landskap Putrajaya ni!