KERAJAAN tidak berharat untuk menjadikan lokasi Kampong Bharu, Kuala Lumpur sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, perkara itu secara tidak langsung akan menjejaskan proses pembangunan penduduk setempat.
Teruskan Membaca“Bagi memastikan pembangunan semula Kampong Bharu dapat diteruskan sebagaimana yang telah dirancang, Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampong Bharu sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
“Ini adalah kerana pengiktirafan UNESCO akan menyebabkan sebarang cadangan pembangunan Kampong Bharu tidak dapat diteruskan,” katanya ketika menjawab soalan Jamaludin Yahya di Sidang Parlimen pada Rabu.
Bagaimanapun, Dr Zaliha tetap memastikan kelestarian penduduk Kampong Bharu terpelihara menerusi Perbadanana Pembangunan Kampong Bharu (PKB) sejak ditubuhkan pada 1 April 2012.
Hala tuju dasar untuk membangunkan semula Kampong Bharu akan dikekalkan selaras dengan pelan induk sedia ada. PKB juga akan memastikan hak dan kepentingan orang Melayu di Kampong Bharu terpelihara. Percayalah, Kerajaan akan berusaha mengangkat Kampong Bharu sebagai Bandar Melayu yang tersergam dengan megah di Kuala Lumpur.
“Antara perkara yang menjadi panduan pembangunan Kampong Bharu adalah nilai kebudayaan dan pemuliharaan warisan alam bina, perancangan inovatif dalam pembangunan tanah, pemuliharaan dan penjanaan semula kawasan bagi membentuk persekitaran berkualiti dan
berdaya huni serta yang paling utama, menjaga kepentingan pemilikan orang Melayu,” katanya.
Untuk info, , Kampong Bharu telah ditubuhkan pada 1899 iaitu hasil usaha dan desakan penduduk Melayu tempatan di Kuala Lumpur terhadap pentadbiran British Kolonial. Residen British Selangor bersetuju dengan cadangan penubuhan Kampung Melayu di Kuala Lumpur yang terletak di antara Sungai Klang dan Jalan Batu (Batu Road). — KL Viral
Baca juga: