
Anwar dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sama-sama sepakat untuk percepat kerjasama strategik, terutama di kawasan sempadan maritim Ambalat yang dah bertahun-tahun jadi isu.
✅ Buntu bab undang-undang?
Takpe… Jalan terus projek ekonomi untuk rakyat!
Anwar sendiri cakap:
“Kalau tunggu selesai rundingan undang-undang, mungkin ambil masa dua dekad lagi. Jadi lebih baik kita segerakan kerjasama ekonomi… biar rakyat dua negara dapat manfaat segera.”
Prabowo pun sokong penuh. Katanya:
“Sambil tunggu penyelesaian hukum, kita teruskan kerja sama ekonomi melalui pembangunan bersama.”
….Apa Lagi Yang Dibincang?
Selain Ambalat, Anwar dan Prabowo juga bincang tentang:
✅ Kerjasama dalam pendidikan, kebudayaan, perdagangan, pelaburan dan penyelidikan
✅ Persediaan untuk Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 bulan depan
✅ Isu serantau macam konflik di Myanmar dan ketegangan sempadan Thailand-Kemboja
Anwar tegaskan, Malaysia serius mahu bantu cari penyelesaian damai di Myanmar, dengan sokongan dari Indonesia yang memang dah ada pengalaman urus konflik serantau.
…Siapa Turut Sertai Lawatan Ni?
Antara menteri-menteri yang ikut PM Anwar:
👔 Menteri Luar: Datuk Seri Mohamad Hasan
👔 Menteri MITI: Tengku Zafrul
👔 Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
👔 Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
👔 Menteri Perladangan & Komoditi: Johari Abdul Ghani
Kesimpulan:
👉 Isu Ambalat? Tak tunggu lama-lama. Jalan terus projek ekonomi!
👉 Malaysia-Indonesia? Makin erat hubungan.
👉 ASEAN? Kerjasama serantau, cari penyelesaian aman.














