Gelagat comel anak lelaki kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan usahawan Noor Nabila, iaitu Jebat Jayden, semakin mencuri perhatian para peminat serta pengikut di media sosial seiring dengan usianya yang kian meningkat.
Baru-baru ini, Jebat kembali menjadi tumpuan ramai apabila tular sebuah video menunjukkan dia secara spontan ‘membocorkan’ rahsia ibunya, Noor Nabila, yang dikatakan telah keluar temu janji bersama bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad. Dalam rakaman tersebut, Jebat dengan selamba memberitahu bahawa ibu dan ayahnya ada keluar bersama.
Teruskan MembacaTinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen terhibur dengan telatah jujur Jebat itu. Sikap polos dan bersahaja si kecil ini nyata mencuit hati ramai.
Terdahulu, tular juga di media sosial mengenai dakwaan bahawa Noor Nabila, yang juga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, bakal mendirikan rumah tangga buat kali keempat pada tahun hadapan.