PETALING JAYA: Berita baik untuk barisan hadapan negara! Ramai doktor kontrak dari seluruh Malaysia dilaporkan dah mula terima emel rasmi tawaran jawatan tetap selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. Akhirnya, lepas bertahun tunggu sejak 2016, ada juga perkembangan yang ditunggu-tunggu ni!
Teruskan MembacaLangkah ni merupakan sebahagian daripada inisiatif #MADANIBekerja, satu usaha kerajaan untuk perbaiki struktur kerjaya penjawat awam dan beri lebih kestabilan kepada mereka yang bertugas, terutama dalam sektor kesihatan.
Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) pun tampil kongsi berita gembira ni di media sosial:
“Ramai doktor kontrak dah mula dapat emel tawaran tetap. Harap semua dipermudahkan.”
Difahamkan, lebih 4,000 jawatan tetap akan diisi menjelang hujung tahun ni, khusus untuk pegawai perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tapi dalam masa yang sama, HDK juga harap pegawai kesihatan lain macam jururawat, farmasi dan MA yang masih berstatus kontrak turut dapat perhatian dan peluang sama.
Ramai pihak termasuk NGO dan persatuan perubatan menyambut baik langkah ni, katanya ini permulaan untuk sistem kesihatan yang lebih stabil dan adil di Malaysia.
Untuk yang terlibat, jangan lupa semak status korang dekat portal rasmi KKM. Emel penting tu jangan buat-buat tak nampak ya, cepat-cepat bagi maklum balas!
















