KOTA KINABALU: Yes, ini bukan cerita sci-fi! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MCMC sekarang tengah all-out bawak sistem kesihatan Malaysia ke level baru, siap guna dron untuk hantar ubat terus ke kawasan pedalaman Sabah!
Teruskan MembacaBaru-baru ni KKM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meterai kerjasama strategik untuk boost sistem kesihatan digital negara. Projek perintis menghantar ubat pakai dron dari Klinik Kesihatan Tawau ke dua lokasi NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) yang susah nak akses.
Kenapa Sabah? Sebab coverage internet kat sana power, 94.4% liputan 4G dan 69% 5G, plus keadaan geografi mencabar sangat. Dron ni jadi solution smart untuk bantu hantar ubat cepat dan selamat.
Antara benda lain yang KKM & MCMC tengah push dalam misi transformasi kesihatan digital negara:
- Klinik desa & komuniti akan guna sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR)
- Kiosk telekesihatan dekat Pusat NADI, boleh videocall doktor, buat follow-up, dan pantau kesihatan dari jauh
- Cybersecurity hospital & klinik pun akan diperkukuh
- Malaysia akan join platform kesihatan digital global, gaya antarabangsa
Terdapat 1099 Pusat NADI seluruh negara bakal jadi hub utama kesihatan digital. Orang kampung pun boleh jumpa doktor secara maya, check kesihatan, dan terima ubat walau duduk jauh dari bandar. Semua ni pakai cloud tech & e-Kesihatan platform.
KKM juga nak pastikan orang ramai especially di luar bandar faham dan yakin dengan teknologi kesihatan digital. Takut salah guna? Jangan risau, literasi digital kesihatan pun akan diajar supaya semua selamat dan faham.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kata kerjasama ni sangat penting:
“Ni bukan je solusi pintar dan mesra rakyat, tapi juga bantu selesaikan isu kesihatan di pedalaman.”
Yang bestnya, semua ni seiring dengan visi kerajaan MADANI, nak jadikan Malaysia sebagai hab kesihatan digital serantau, dan capai impian ‘1 Individu, 1 Rekod’.
Smart move, Malaysia!