PETALING JAYA: Ada berita yang boleh buat rakyat senyum sikit tengah bulan ni. Ekonomi Malaysia katanya makin pulih, dan Kerajaan MADANI ada beberapa langkah baru untuk bantu ringankan beban rakyat!
Teruskan MembacaPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu majlis bersama warga Kementerian Kewangan pagi tadi, kongsi bahawa kedudukan kewangan negara sekarang lebih stabil, hasil dari reformasi berani yang kerajaan tengah laksanakan.
Beliau kata, ini bukan sekadar jaga ekonomi atas kertas tapi nak pastikan hasilnya dirasai semua, dari B40 sampai M40. Yang penting, kemakmuran dikongsi secara adil.
Antara highlight yang diumumkan:
– Harga petrol RON95 turun kepada RM1.99 seliter
– Kadar tol dikekalkan di 10 lebuh raya utama
Langkah-langkah ni bukan je nampak praktikal, tapi juga boleh beri kesan langsung pada kos sara hidup especially untuk korang yang ulang-alik kerja hari-hari atau banyak guna kenderaan.
DS Anwar juga tekankan yang semua inisiatif ni adalah sebahagian dari pendekatan inklusif Kerajaan MADANI, yang fokus pada keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan keperluan rakyat. Kiranya bukan buat untung je, tapi juga pastikan rakyat tak tertinggal.
“Kerajaan komited nak teruskan dasar mesra rakyat bukan je untuk pertumbuhan ekonomi, tapi juga bina masa depan yang lebih baik dan stabil untuk semua,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook.
Dan semalam pula, PM turut umum penghargaan khas buat rakyat Malaysia untuk bantu kurangkan kos sara hidup. Apa bentuknya tu, kita tunggu pengumuman lanjut.
So yes, nampaknya usaha nak pulihkan ekonomi negara sedang berjalan lancar, dan rakyat pun mula rasa hasilnya. Harapnya lebih banyak berita gembira lepas ni.