PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan tahniah kepada Anutin Charnvirakul yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand.
Teruskan MembacaDalam perkongsian di Facebook, Anwar menyatakan harapan Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasama rapat, khususnya dalam pembangunan kawasan sempadan, perdagangan dan kebajikan rakyat.
“Malaysia berharap dapat terus memperkukuh hubungan rapat dengan Thailand dalam membangunkan sempadan bersama, mempertingkatkan perdagangan serta menjaga kebajikan rakyat,” tulis Anwar.
Beliau turut mengingatkan bahawa Thailand memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan rantau Asia Tenggara, terutama dalam kerangka ASEAN.
“Kepimpinan Perdana Menteri Anutin akan jadi faktor penting ketika Thailand memasuki fasa baharu perjalanan demokratiknya,” katanya.
Pelantikan Anutin dianggap penting kerana beliau mengambil alih kepimpinan negara pada waktu Thailand berdepan cabaran politik dalaman dan usaha memulihkan ekonomi pasca pandemik.
Anutin yang juga Ketua Parti Bhumjaithai dilantik sebagai Perdana Menteri selepas mendapat undi majoriti dalam Parlimen pada Jumaat lalu, menandakan bermulanya era baharu dalam politik Thailand.