Semalam, media sosial dibanjiri dengan pelbagai hantaran berkaitan kejadian melibatkan selebriti dan aktivis terkenal, Rafidah Ibrahim. Rakaman yang tular menunjukkan pihak berkuasa memecahkan pintu rumah beliau dan mengeluarkan semua barang dari dalam kediaman tersebut.
Seperti yang diketahui ramai, Rafidah selama ini lantang bersuara mempertahankan tanah kediaman di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur. Situasi menyayat hati apabila beliau dilihat menangis dan meraung ketika operasi itu berlangsung turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Rafidah turut melabelkan tindakan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.
Teruskan MembacaDalam pada itu, klip video daripada portal KiniTV yang memaparkan kejadian di lokasi turut tersebar luas di platform Threads, memperlihatkan momen Rafidah berdepan detik sukar itu.