Isu Faraid Dnars RM1.3 Juta: Keluarga Arwah Faziani Rohban Luah Kekecewaan

Sejak semalam, media sosial kecoh membincangkan isu berkaitan pembahagian harta pusaka dan wang tunai berjumlah RM1.3 juta milik pengasas produk kecantikan terkenal, Allahyarham Faziani Rohban, yang didakwa telah diambil oleh suaminya daripada sebuah peti besi.

Anak kepada Allahyarham, Irdina, telah memuat naik hantaran di TikTok bagi meluahkan rasa kecewa. Beliau turut mendakwa bahawa isteri kepada bapa tirinya, yang kini merupakan pengasas produk kecantikan popular, telah mencampuri urusan faraid serta harta pusaka arwah ibunya.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?