PETALING JAYA: Rata-rata netizen terkejut apabila anak sulung Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan, yang baru-baru ini diberikan hadiah kereta mewah Porsche 718 Cayman daripada ibu bapanya.
Teruskan MembacaMenurut perkongsian di Instagram dan TikTok oleh Datin Nur Shahida, pemberian kereta tu sebenarnya dah lama dirancang. “Mama & Papa dah lama nak belikan kereta untuk Ammar Ahyan, dia dah besar, dah ada lesen.” Hadiah itu diberikan supaya perjalanan ke kolej jadi lebih senang.
Momen kejutan waktu kereta itu tiba memang tak dapat disembunyikan, Ammar nampak sangat terkejut & gembira. Ibu bapanya merahsiakan kedatangan kereta itu supaya ia menjadi kejutan dan momen yang paling manis sekali.
Walaupun gembira dengan hadiah itu, keluarga Aliff Syukri tak lupa untuk mengingatkan anaknya Ammar supaya tidak riak. Kata Datin Nur Shahida: “Ingat Allah boleh tarik rezeki bila-bila masa kalau hambanya tak bersyukur.”
Aliff Syukri sendiri turut menyatakan bahawa semua usaha mencari rezeki ini dilakukan demi anak-anaknya.