Oleh: Haikal Tajuddin
MEMPERINGATI kematian seseorang secara lisan sudah mencukupi untuk dilakukan.
Teruskan MembacaNamun, lain pula yang berlaku di negara jiran perbuatan seakan ritual itu mungkin menimbulkan tanda tanya buat dalam kalangan warga maya.
Persoalannya, adakah mereka terlalu obses terhadap individu tersebut?
Satu video tular menerusi aplikasi TikTok, dipercayai terdapat segerombolan peminat dari negara Indonesia yang melakukan hari memperingati kematian seorang ahli kumpulan One Direction, Liam Payne.
Video tersebut memaparkan mereka sedang mengerumuni sebuah tembok dan meletakkan gambar Payne bersama bunga lalu menyanyikan lagu kumpulan tersebut yang berjudul ‘Story of My Life’.
Menerusi video yang berdurasi 32 saat itu, perbuatan para peminat itu mendapat kecaman hebat sehingga didakwa seakan-akan ‘menyembah’ artis tersebut.
“Tahulah minat tetapi bukan macam ini. Aku pun minat lagu dia bersama One Direction tetapi tidak sampai buat kenduri macam ini,” komen prezz.
“Apa amalan arwah masa hidup, teringin nak tahu,” balas Blxck Jxck.
Selain daripada itu, warganet juga turut menyelar tindakan yang tidak mendatangkan faedah itu, malah isu berkaitan saudara di Palestin tidak dilakukan sebegitu rupa.
“Liam Payne ini meninggal bukan main menangis tetapi di Palestin itu sudah beribu yang meninggal, tidaklah sedih seperti ini,” kata Rezz.
“Liam payne sudah seperti ini. Belum lagi kalau BTS, mungkin satu negara macam ini. Pastu di Palestin buat tak tahu,” balas Maaell.
Sebagai info, salah seorang penyanyi One Direction, Liam Payne dipercayai telah meninggal dunia pada 16 Oktober lalu.
Kematiannya disahkan selepas ditemui maut akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina. — KL Viral