Berita baik untuk semua, tahun ini memang ada ‘extra holiday’ sempena Hari Raya Aidilfitri!
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, umumkan kerajaan akan beri cuti tambahan khas sebagai tanda penghargaan kepada rakyat yang dah bertungkus-lumus sepanjang bulan Ramadan.
Teruskan MembacaMenurut beliau, semua orang dah bagi komitmen lebih dari segi masa, tenaga dan usaha sepanjang bulan puasa, jadi kerajaan nak ‘reward’ rakyat dengan cuti tambahan supaya boleh rehat dan sambut raya dengan lebih tenang.
Apa yang lagi best, cuti tambahan ni tetap ada tak kira bila raya jatuh.
Kalau Aidilfitri jatuh hari Jumaat (20 Mac), cuti tambahan akan diberi pada hari Isnin (23 Mac). Tapi kalau raya jatuh hari Sabtu (21 Mac), maka hari Jumaat akan jadi cuti tambahan.
Maksudnya, memang confirm dapat long weekend untuk raya!
Pengumuman ni dibuat ketika beliau hadir ke Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Kota Kinabalu. Turut ada sama ialah Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.
PM juga kata pengumuman awal ni penting supaya orang ramai boleh plan cuti, balik kampung atau atur jadual raya dengan lebih mudah.
Jadi, dah boleh mula fikir nak balik kampung bila tu?
















