Pelakon muda berbakat Amir Ahnaf kini berkongsi perkembangan positif apabila dia sudah pulih daripada gangguan yang dipercayai berkaitan saka yang pernah mengganggu kehidupannya sebelum ini.
Amir mendedahkan, sepanjang melalui fasa sukar itu, dia tidak putus berusaha mencari rawatan dan ikhtiar, termasuklah sampai ke negeri Sabah untuk mendapatkan bantuan.
Teruskan MembacaMenurutnya, pengalaman tersebut sangat memberi kesan dalam hidupnya, namun dia bersyukur kerana keadaan kini semakin baik dan lebih stabil.
Dia juga mengakui selepas melalui proses pemulihan tersebut, kehidupannya kini jauh lebih tenang dan fokusnya kembali kepada kerjaya seni.
Bagi Amir, apa yang dilaluinya sebelum ini banyak mengajar dirinya tentang kesabaran dan kekuatan diri untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Kini, dia lebih berhati-hati dan menjaga keseimbangan hidup supaya perkara sama tidak berulang lagi, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.
















