APABILA bercakap mengenai kanser payudara, ramai yang mengakui penyakit ini amat sinonim dalam kalangan wanita berusia.
Ketika wanita berusia 60 tahun, risiko untuk mereka menghidap kanser adalah 1 dalam 28 orang. Untuk perempuan muda pula, risiko mereka adalah 1 dalam 277 orang.
Teruskan MembacaNaib Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia, Naliza Fahro Rozi menyatakan beliau pada awalnya tidak menyangka untuk menghidap kanser payudara ketika berumur 40-an.
“Mulanya saya macam tak percaya sebab umur masih muda tapi dapat kanser.
“Waktu tu memang fikir aku ni nak mati dah ka? Tapi syukur saya dapat kesan awal yang ada ketulan di bawah ketiak.
“Selepas rasa tidak selesa, terus saya rujuk kepada pakar dan memang saya disahkan menghidap kanser pada Februari 2020,” katanya.
Jelaslah, usia yang muda bukan bermaksud anda terkecuali daripada penyakit kanser.
Berikut adalah cara untuk mengesan awal tanda-tanda kanser payudara:
- Periksa payudara sebulan sekali.
- Gunakan hujung jari untuk memeriksa keseluruhan payudara.
- Berdiri di depan cermin.
- Lakukan bulatan kecil dari luar payudara ke puting.
- Lihat jika terdapat perubahan pada warna, bentuk atau tekstur.
- Picit puting payudara untuk periksa jika ada sebarang cecair.
- Pastikan anda memeriksa sehingga ke bahagian ketiak.
Jangan sesekali abaikan simptom kanser. Malah, jika ia dikesan awal, besar kemungkinan kanser tersebut boleh pulih melalui rawatan.