SIAPA yang tidak mengenali usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri. Selain terkenal sebagai usahawan, beliau juga kerap mengeluarkan lagu terutama pada waktu sambutan perayaan Aidilfitri.
Tidak seperti beberapa tahun kebelakang, nama Aliff Syukri sering menjadi sebutan kerana lagu muzik video lagu raya yang ditonjolkan mengundang kecaman.
Teruskan MembacaBagaimanapun, perkara itu kebarangkalian tidak berlaku pada tahun ini kerana difahamkan, lagu yang seharusnya dinyanyikan oleh dirinya telah diberikan kepada artis lain.
“Aku reda, boleh pula dia rakam lagu itu dan siap buat muzik video? Apa ini? Tak sangka dalam dunia ini, kita buat baik dengan orang tapi orang buat jahat dengat kita.
“Bukan setakat orang je kena sondol, lagu saya pun kena sondol tau dengan artis sendu,” katanya menerusi video di Instagram.
Susulan itu, dia meminta agar wangnya itu dikembalikan setelah mendakwa membayar RM15,000 untuk mendapatkan lagu terbabit.
“Saya tak hadap pun dengan lagu ciptaan awak, banyak lagi orang lain yang boleh tolong buatkan, tetapi tolong pulangkan duit saya balik,” katanya.
Beliau juga meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan komposer tersebut, namun tidak mendedahkan identiti penyanyi yang telah menyanyikan lagu tersebut.
Tegas usahawan berumur 36 tahun itu, perkara tersebut bukan gimik atau tujuan mempromosikan tentang lagu raya baharunya itu. — KL Viral
Baca juga: