GUNUNG Berapi Ruang yang berada di Selatan Kepulauan Sangihe, Sulawesi, Indonesia, telah meletus pada pukul 9.45 pagi pada Selasa hingga mencetuskan spekulasi antara warganet.
Dua buah video tular di laman sosial X masing-masing berdurasi 26 dan 27 saat itu memaparkan letusan gunung berapi berkenaan yang berlaku pada waktu malam.
Teruskan MembacaSuasana yang menggerunkan itu dirakam oleh seorang warga tempatan di sana, sambil dirinya menyebut kalimah suci berkali-kali menyaksikan kejadian tersebut terjadi di depan matanya sendiri.
Video yang dimuat naik oleh Malaysia Most Viral itu turut mengeluarkan kapsyen yang mencetuskan spekulasi, berkata ia merupakan bala yang diturunkan Allah akibat sesetengah komuniti di sana menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal.
“Orang lain yang sambut Raya awal siap call Allah, orang lain yang kena tanggung letusan Gunung Berapi Ruang,” kata kapsyen tersebut.
Kapsyen tersebut susulan daripada isu sambutan 1 Syawal lima hari lebih awal di Desa Giriharjo, Panggang, daerah Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia sebelum ini pada 5 April lalu.
Hal ini kerana imam di kampung berkenaan berkata dirinya sendiri menghubungi Allah secara langsung dan menerima utusan mengatakan daerah mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan kapsyen berkenaan yang membuat spekulasi ia merupakan bala yang diturunkan Allah kepada mereka.
“Jangan dibiar kesesatan di depan mata, sepatutnya rakyat Indonesia yang lain bertindak dengan membanteras perkata itu. Bukannya diam hingga isu tersebut masuk ke televisyen, seolah-olah berbangga dengan perkara itu,” komen Arbeezone.
Selain menimbulkan spekulasi, terdapat seorang warganet turut mengeluh kerana terdapat gangguan penerbangan yang dihadapi ahli keluarganya.
“Disebabkan bencana ini, penerbangan ayah saya yang sepatutnya balik dari Sarawak ke Putrajaya hari ini ditangguh sehingga diberitahu,” kata Hafiy Musyriff.
Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) yang mengatakan bencana tersebut telah menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak akibat pembentukan awan debu yang boleh memberi risiko kepada keselamatan pesawat.
Namun, METMalaysia juga memberi jaminan setakat ini bahawa kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas menerusi pencerapan indek pencemaran udara (IPU).
METMalaysia juga akan terus memantau kesan letusan gunung berapi berkenaam terhadap negara dan menasihati orang ramai untuk peka dengan maklumat yang bakal dikeluarkan oleh pihak mereka pada masa akan datang mengenai bencana ini. — KL Viral
Baca juga: