SEORANG Pengusaha kantin meluahkan rasa kecewa dan kurang berpuas hati atas tindakan seorang guru yang sering menjual di kantin sekolah meskipun sudah dilarang.
Guru terbabit dilaporkan menjual makanan dalam kawasan sekolah setiap hari dan tidak mengendahkan larangan yang diberikan oleh pengendali kantin terbabit menerusi satu video tular di laman X.
Teruskan Membaca“Saya berdiam diri tapi cikgu buat lagi.
“Diaorang ni semua dah ada suntikan ke?” katanya dalam video terbabit yang jelas mempersoalkan suntikan tifoid sudah diambil oleh pengendali-pengendali makanan guru terbabit yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah pada 18 Julai 2024.
Tambahnya lagi, individu tersebut beranggapan tindakan guru menjual di dalam kawasan sekolah yang sudah pun diberikan amaran oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tersebut seolah-olah menutup periuk nasinya.
“Gaji jadi cikgu tak cukup ke? kalau tak cukup, balik rumah meniaga depan rumah je lah. jangan lah meniaga kat kawasan sekolah. kesian makcik- makcik kantin tu, beli barang-barang apa semua masak nak jual dekat student. kantin tu dorang bayar sewa, jangan lah buat macam tu sekali”, kata @rabbaniahmad_ di laman X.
“Penjawat awam yang menjalankan perniagaan hendaklah mematuhi peraturan sedia ada yang ditetapkan kerajaan.CUEPACS nyatakan pekerjaan tambahan perlu dapat kelulusan secara bertulis daripada ketua jabatan. Penjawat awam boleh dikenakan hukuman denda kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran semasa berkhidmat sebagai penjawat awam (fikir la sendiri),” ujar @AmirTheName .
“Hurm kalau mcm tu baik akak kantin jadi cikgu dan cikgu jadi tukang kantin dah nak sgt meniaga kan…dah ade kantin tu bagi jelaa kantin yang meniaga kata nak sokong melayu hurmm kesian akak tu,” kata @Tulippsss.
Baca juga: