Baru-baru ini, pempengaruh Aireena Sofia membuat pendedahan panas di media sosial apabila mendakwa suaminya, Haqiem Stopa, curang lagi. Apa yang lebih menyayat hati, dakwanya, dia ditinggalkan ketika masih dalam pantang, menjaga anak sulung mereka, Hud, yang baru berusia tiga bulan.
Teruskan MembacaMenurut Aireena, kecurangan kali ini melibatkan seorang gadis berumur 18 tahun. Dia juga berkata ini bukan kali pertama Haqiem curang, beberapa insiden sebelum ini turut berlaku, dan semuanya terdedah secara berperingkat.
“Satu persatu Allah tunjuk, saya kena tinggal dalam pantang, 19 September sampai sekarang. Hari ini saya dapat tahu dia sekali lagi curang..perempuan itu baru 18 tahun.”
Haqiem Stopa kemudiannya memberi respon ringkas, menyatakan dia akan menjelaskan semua apabila tiba masa yang sesuai dan bakal menampilkan bukti. Dia juga menegaskan tidak mahu membuka aib rumah tangga di media sosial.
Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap Aireena, terutama kerana pendedahan ini berlaku ketika dia sedang menjaga bayi dalam pantang. Ada yang mengecam tindakan Haqiem dan persoalkan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. Ada juga yang risau tentang gadis berumur 18 tahun yang dikaitkan dengan kecurangan ini.
Kisah ini viral dan mendapat perhatian kerana ia melibatkan kecurangan berulang dan gadis yang sangat muda, berlaku ketika isteri masih dalam pantang dan tempoh yang sangat sensitif. Haqiem sebagai selebriti dan ikon media sosial, isu ini beri kesan besar pada reputasinya.
















