Tular satu isu hangat bila seorang wanita kongsi pengalaman menjaga anak selebriti, tapi tak sangka ramai mula kaitkan pempengaruh terkenal Sufi Rashid.
Teruskan MembacaDalam kenyataan terbaru, Sufi jelaskan bahawa walaupun nama dia dan isteri tak disebut secara langsung dalam post pengasuh itu, deskripsi yang diberikan cukup jelas sampai orang boleh buat spekulasi sendiri.
“Post dia baru-baru ni jelas sangat describe saya dan isteri sampai orang boleh teka. Even tanpa nama, bagi cukup klu sampai orang benci, itu tetap defamation,” katanya.
Disebabkan itu, Sufi sudah menghubungi peguam untuk selesaikan isu ni dengan cara betul. Peguamnya dah hubungi pengasuh terbabit untuk rundingan aman, supaya reputasi pasangan suami-isteri tu tak terus dicemuh.
Kisah ni jadi pengajaran, hati-hati bila kongsi cerita di media sosial, sebab boleh cepat jadi tular & menimbulkan salah faham.
Walaupun kecoh, Sufi harap orang ramai sabar dan tak buat tuduhan melulu. Dia cuma nak selesaikan isu ni secara aman tanpa melibatkan terlalu banyak drama.
















