PETALING JAYA: Susulan video pergaduhan murid sekolah yang tular baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek maklumkan, hasil siasatan mendapati empat orang murid digantung sekolah, manakala 14 lagi diberikan surat amaran.
Teruskan Membaca“Tindakan ini ikut prosedur disiplin yang telah ditetapkan KPM,” kata Fadhlina dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut maklumkan bahawa murid yang digantung tak akan dibiarkan begitu saja, mereka akan jalani program khidmat masyarakat yang diuruskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Selain itu, sesi kaunseling juga akan dijalankan untuk bantu mereka betulkan tingkah laku dan tanam nilai murni dalam diri.
Fadhlina tegaskan, keselamatan dan suasana selamat di sekolah kekal jadi keutamaan KPM. Katanya, kementerian tak akan berkompromi dengan isu yang ganggu iklim pembelajaran.
Insiden yang tular itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Terengganu dan berpunca daripada salah faham antara dua pelajar. Walaupun ia bukan kes buli, KPM tetap ambil tindakan ikut SOP salah laku dan buli yang sedang berkuat kuasa.
Langkah ni jadi bukti KPM serius dalam jaga disiplin dan pastikan sekolah kekal jadi tempat yang selamat untuk semua murid.















