DYAM Tunku Mahkota Ismail menyambut ulang tahun keputeraan ke-42 hari ini.
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru, Baginda merupakan putera sulung KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Teruskan MembacaSejak kecil, Baginda dikenali dengan disiplin serta kepimpinan yang tinggi. Baginda menerima pendidikan di Johor, Singapura dan Australia sebelum menjalani latihan ketenteraan di Indian Military Academy (IMA), India, dan ditauliahkan sebagai Leftenan.
Baginda turut menerima anugerah Best In Riding serta mencipta sejarah sebagai rakyat asing pertama menyertai rejimen berkuda tentera India dalam sambutan Hari Kebangsaan India pada 2007.
Dalam bidang ketenteraan, Baginda mengikuti Kursus Kepakaran Gerak Khas dan Kursus Asas Payung Terjun sebelum dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Grup Gerak Khas (GGK) pada 2010.
Pada 2012, Baginda dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan berjaya membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai kuasa besar bola sepak Asia Tenggara. Baginda juga pernah memimpin FAM bagi penggal 2017–2021.
Pada 2022, Baginda dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), diikuti pelantikan sebagai Pro-Canselor Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) pada 2023.
Pada 28 Januari 2024, Baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor selepas ayahanda Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Baginda mendirikan rumah tangga bersama YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor pada 24 Oktober 2014 dan dikurniakan lima cahaya mata.
Daulat Tuanku.















