Isu rumah tangga antara penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek (Dr Fie) nampaknya masih belum reda. Tapi kali ni, pembantu peribadi (PA) kepada Dr Fie pula tampil bersuara dan dedahkan apa sebenarnya yang berlaku.
Teruskan MembacaMenerusi satu hantaran di Threads, individu dikenali sebagai @kkits__ yang juga PA kepada Dr Fie, menjelaskan bahawa dia berada di tempat kejadian dan dengar sendiri apa yang berlaku malam itu.
Menurutnya, dakwaan yang mengatakan Dr Fie tidak menghubungi pihak terlibat adalah tidak benar sama sekali. Malah, katanya Dr Fie sendiri ada buat panggilan untuk memohon maaf bagi pihak keluarga dan nak tahu perkara sebenar yang terjadi.
“Saya ada malam tu, saya dengar sendiri. Dr Fie memang ada telefon untuk jelaskan dan minta maaf secara baik,” tulis PA itu.
Tambahnya lagi, walaupun dia hanyalah pembantu peribadi, dia rasa terpanggil untuk bersuara sebab tak sanggup tengok Dr Fie dituduh macam-macam tanpa tahu situasi sebenar.
“Saya tak ada hak nak masuk campur urusan keluarga, tapi saya tak tahan tengok Dr Fie dilayan begini,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, PA itu turut jelaskan bahawa Dr Fie pilih untuk berdiam diri bukan sebab mengaku salah, tapi sebab nak jaga maruah dua-dua belah pihak agar tak tercetus lagi spekulasi.
Katanya, selepas kejadian itu pun, tiada permohonan maaf diterima daripada pihak yang menuduh ibu Dr Fie, walaupun tuduhan itu agak berat.
“Dia (pihak terbabit) langsung tak minta maaf selepas maki ibu Dr Fie,” tulisnya.
Netizen yang baca perkongsian tu pun mula berbelah bahagi, ada yang simpati dengan Dr Fie dan percaya dia sedang cuba jaga keharmonian, tapi ada juga yang minta kedua-dua pihak berhenti sindir-menyindir di media sosial.
Apa pun, yang pasti, kisah rumah tangga ni makin ramai yang ikuti. Harapnya semua pihak dapat selesaikan dengan cara baik.
















