Dr. Afifah Hidayah, isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini berkongsi tip mudah untuk ibu bapa yang anaknya terlalu suka minum susu tepung. Cara paling mudah? Tukar susu tepung kepada susu segar secara berperingkat!
Teruskan MembacaMenurut Dr. Afifah, langkah ni bukan saja boleh buat anak lebih suka rasa susu, tapi juga lebih sihat untuk mereka. Antaranya, bancuh susu tepung dengan lebih banyak air dulu supaya rasa manisnya berkurang, lama-lama anak akan mula kurang suka. Bila dah biasa dengan rasa susu yang lebih natural, tukar sepenuhnya kepada susu segar. Anak akan rasa lebih sedap dan minum dengan rela hati.
Dr. Afifah juga menekankan bahawa terlalu banyak susu tepung yang manis boleh menjejaskan kesihatan gigi anak. Jadi, beralih kepada susu segar bukan saja lebih sihat, tapi juga membantu elakkan masalah gigi berlubang.
Netizen pun ramai yang bagi respons positif, kata tips ni simple tapi practical, dan sesuai dicuba oleh ibu bapa yang nak kurangkan pengambilan susu tepung anak.
Kalau korang tengah struggle nak kurangkan susu anak, cara Dr. Afifah ni memang mudah untuk dicuba. Sedikit demi sedikit, anak akan terbiasa dan susu segar jadi pilihan utama!
















