Musim cuti sepatutnya jadi masa untuk berehat, berkumpul dengan keluarga dan recharge diri. Tapi realitinya, ramai antara kita “bercuti” sambil mata masih melekat pada skrin telefon. Scroll TikTok tak berhenti, binge drama sampai pagi, notifikasi kerja pula muncul tanpa henti. Tanpa sedar, cuti yang patut menyegarkan minda bertukar jadi musim ketagihan gajet.
Teruskan MembacaBulan Disember adalah masa paling sesuai untuk kita buat digital detox, bukan terus buang telefon, tapi belajar kawal masa skrin dengan lebih sihat.
Bila rutin harian terganggu, jam kerja berkurang dan banyak masa lapang, gajet selalunya jadi “teman setia”. Tambah pula dengan promosi hujung tahun, content viral dan group WhatsApp yang aktif 24 jam, memang susah nak letak telefon ke tepi.
Masalahnya, penggunaan gajet berlebihan boleh buat kita cepat letih, susah tidur, kurang fokus dan hilang momen berharga bersama orang sekeliling.
Tips Digital Detox Ringkas & Realistik. Tak perlu ekstrem. Cukup langkah kecil yang konsisten.
1. Tetapkan “zon tanpa gajet”
Contohnya, meja makan, bilik tidur atau masa bersama keluarga. Bila makan, simpan telefon. Fokus pada makanan dan perbualan.
2. Had masa media sosial
Gunakan fungsi screen time atau app timer. Bagi had 1-2 jam sehari pun sudah memadai. Percaya atau tidak, kita jarang pun perasan masa yang terbuang.
3. Matikan notifikasi yang tak penting
Tak semua benda perlu respons segera. Matikan notifikasi aplikasi beli-belah, game atau media sosial supaya minda lebih tenang.
4. Gantikan skrin dengan aktiviti offline
Baca buku, berjalan santai, beriadah ringan atau buat aktiviti bersama keluarga. Kadang-kadang, kebosanan itu sebenarnya peluang untuk kita jadi lebih kreatif.
5. Amalkan ‘no phone before sleep’
Cuba letak telefon jauh 30-60 minit sebelum tidur. Kualiti tidur biasanya jauh lebih baik, dan bangun pagi pun rasa lebih segar.
Digital Wellbeing bukan tentang anti teknologi. Teknologi memang memudahkan hidup, tapi bila ia mula mengawal emosi dan masa kita, di situlah masalah bermula. Digital wellbeing bermaksud kita yang pegang kawalan, bukan sebaliknya.
Musim cuti ini, cuba beri hadiah terbaik untuk diri sendiri, minda yang lebih tenang, tidur yang cukup dan hubungan yang lebih bermakna dengan orang tersayang.
Tak salah guna gajet, tapi jangan sampai cuti pun berlalu tanpa kita benar-benar “hadir” dalam kehidupan sebenar.
















